Kerajaan Sabah sokong keputusan darurat PRK Batu Sapi

HAJIJI
HAJIJI
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah menyokong penuh keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat bagi membatalkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor menyifatkan keputusan itu mengambil kira kesan daripada wabak koronavirus (Covid-19) yang berterusan mengancam kesihatan dan kesejahteraan rakyat di Sabah.

"Penularan virus ini harus dihentikan dan melindungi kesihatan rakyat adalah sangat penting ketika ini," katanya bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan daripada Istana Negara hari ini.

Hajiji dalam pada itu memberi jaminan bahawa kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah Covid-19 akan bekerja bersama-sama tanpa henti dengan pihak yang berkaitan untuk menangani wabak berkenaan.

Hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Al-Sultan Abdullah membuat keputusan itu bagi mengelak daripada berlakunya gelombang keempat wabak Covid-19 dan menangguhkan pilihan raya tersebut kepada tarikh yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi

Parlimen Batu Sapi diisytiharkan kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 2 Oktober lalu akibat jangkitan pada paru-paru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 November sebagai hari penamaan calon manakala 1 Disember sebagai hari pengundian awal dan 5 Disember hari mengundi.

Artikel Berkaitan: