Hujan, ribut petir diramal hingga hujung Disember

MetMalaysia menjangkakan kejadian ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang yang lebih menyeluruh pada waktu petang dan awal pagi di beberapa kawasan sehingga hujung Disember tahun ini. - Foto 123RF
MetMalaysia menjangkakan kejadian ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang yang lebih menyeluruh pada waktu petang dan awal pagi di beberapa kawasan sehingga hujung Disember tahun ini. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan kejadian ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang yang lebih menyeluruh pada waktu petang dan awal pagi di beberapa kawasan sehingga hujung Disember tahun ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata, antara kawasan terjejas ialah negeri di pantai barat semenanjung iaitu Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, barat Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, MetMalaysia turut menjangkakan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan yang terkesan akibat fenomena tersebut yang merupakan sebahagian daripada fasa pertama Monsun Timur Laut itu.

“Ini disebabkan faktor penumpuan angin dari arah timur dan barat serta kelembapan udara yang tinggi di seluruh negara menggalakkan pembentukan awan ribut petir.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku di kawasan-kawasan rendah dan kerosakan ke atas struktur-struktur yang tidak kukuh.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Artikel Berkaitan: