Covid-19: Tiada kes baharu di Pahang lebih 24 hari

Pahang kekal tanpa sebarang kes jangkitan baharu Covid-19 untuk tempoh lebih 24 hari dan tiada kes aktif wabak penyakit itu di hospital di negeri ini. Gambar hiasan
Pahang kekal tanpa sebarang kes jangkitan baharu Covid-19 untuk tempoh lebih 24 hari dan tiada kes aktif wabak penyakit itu di hospital di negeri ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-14 yang berlangsung di Wisma Sri Pahang di sini hari ini memberikan 'standing ovation' kepada pasukan Covid-19 Pahang sebagai tanda penghargaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, sehingga semalam, Pahang kekal tanpa sebarang kes jangkitan baharu Covid-19 untuk tempoh lebih 24 hari dan tiada kes aktif wabak penyakit itu di hospital di negeri ini.

"Kami yang terbabit secara langsung dalam tugasan ini menjunjung kasih atas tunjuk ajar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Terima kasih juga atas kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, sokongan semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Pahang serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sallehuddin berkata, penghargaan tinggi diberikan atas kerja keras dan kerjasama petugas barisan hadapan, ketua jabatan, warga jabatan negeri, persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Paling penting penghargaan sewajarnya kepada semua rakyat Pahang yang memberikan sepenuh kerjasama dalam membendungi penularan Covid-19 di negeri ini," katanya.

-

Artikel Berkaitan: