Belanjawan darurat dibuat tergesa-gesa, tiada fokus

Mahfuz
Mahfuz
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang hari ini menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November lalu dilakukan dalam keadaan darurat dan tergesa-gesa.

Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) berkata, situasi itu dapat dilihat apabila belanjawan tersebut tidak memberi fokus kepada isu yang sepatutnya.

Menurutnya, ia jauh berbeza daripada apa diharapkan rakyat dalam keadaan mereka yang bergelut dengan kehidupan khususnya ekonomi susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

"Apa yang dapat dilihat bahawa belanjawan ini dibentang dalam keadaan yang sangat darurat selepas daripada mereka (kerajaan) tidak dapat pengisytiharan darurat.

"Lalu akibat daripada kedudukan kuasa politik yang sangat darurat (dialami Perikatan Nasional itu), maka datanglah bagi saya belanjawan yang sangat darurat.

"Belanjawan yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan akhirnya dilihat sebagai belanjawan yang tidak menepati kepada masalah yang sebenarnya," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perbahasan sama, Mahfuz turut mendesak supaya syarat-syarat pengeluaran wang daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilonggarkan dan diperluaskan lagi.

Ini kerana katanya, syarat-syarat yang diberikan ketika ini tidak mampu menyelesaikan masalah sebaliknya akan menyusahkan lagi pencarum.

Artikel Berkaitan: