X

Kindly register in order to view this article
!

Veteran politik Kedah, Khalid Abdullah meninggal dunia

Jenazah tokoh politik Kedah yang juga veteran UMNO Allahyarham Tan Sri Khalid Abdullah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Hussain untuk dikebumikan hari ini. - Foto Bernama. Gambar kecil: Tan Sri Khalid Abdullah
A
A

ALOR SETAR - Tokoh politik Kedah yang juga veteran UMNO, Tan Sri Khalid Abdullah meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC) di sini hari ini.

Allahyarham Khalid, 98, meninggal dunia pada jam 5.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu pada Ahad lepas.

Menurut isteri Allahyarham, Puan Sri Norjannah Khairuddin, 61, sejak Jumaat suaminya sudah tidak boleh makan dan pada Sabtu kesihatannya semakin merosot menyebabkan mereka menghantar Allahyarham ke hospital (pada Ahad) dan terus dimasukkan ke ICU.

“Arwah tiada apa-apa sejarah penyakit cuma petang semalam arwah penat... pada jam 5 pagi tadi, semasa jururawat nak periksa tekanan darah, arwah dah tak bagi tindak balas,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Hussain Seberang Pumpong di sini hari ini.

Khalid yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Merah (1975-1980) pernah memegang jawatan antaranya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Tokoh Maal Hijrah 2008 itu, meninggalkan seorang balu, lima anak (seorang telah meninggal dunia), 17 cucu dan 24 cicit.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Hussain di sini selepas Zohor tadi. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!