Pasangan kekasih ditahan bercumbu dalam kereta

Pasangan kekasih dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk siasatan lanjut.
Pasangan kekasih dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk siasatan lanjut.
A
A
A

KULIM - Pasangan kekasih ditahan kerana bercumbuan dalam kereta yang diparkir di belakang sebuah premis dekat Lembah Impiana, kira-kira jam 7.20 malam tadi.

Pegawai Penguat kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, ketika rondaan dilakukan sebuah kereta dikesan diparkir di tepi jalan di belakang premis tersebut sebelum pemantauan dan pemeriksaan dijalankan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, pasangan berusia 25 tahun itu sedang berpeluk dan bercium dalam kereta berkenaan.

"Ketika diperiksa, kedua-duanya berstatus bukan mahram serta tidak mempunyai ikatan suami isteri yang sah," katanya.

Pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk laporan lanjut.

"Mereka diserahkan kepada waris dan diminta tampil ke Pejabat Agama Daerah Kulim pada tarikh ditetapkan untuk siasatan seterusnya," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan: