Tentera Israel lancar serangan ke atas wilayah di Syria

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan melancarkan serangan yang menyasarkan pihak yang mempunyai kaitan dengan Pasukan Tentera Quds Iran dan angkatan tentera di Syria.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan melancarkan serangan yang menyasarkan pihak yang mempunyai kaitan dengan Pasukan Tentera Quds Iran dan angkatan tentera di Syria.
A
A
A

MOSCOW - Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan melancarkan serangan yang menyasarkan pihak yang mempunyai kaitan dengan Pasukan Tentera Quds Iran dan angkatan tentera di Syria, lapor agensi berita Sputnik, memetik Twitter tentera Israel.

Terdahulu, agensi berita Syria SANA melaporkan tentera Israel pada awal Rabu melancarkan serangan roket dari arah Bukit Golan.

Pasukan pertahanan udara Syria itu menembak jatuh beberapa roket. Akibat serangan itu, tiga anggota tentera terbunuh dan seorang cedera.

"Apa yang dilakukan Iran & Syria: menggunakan bom buatan sendiri untuk menyerang tentera Israel. Apa yang kami lakukan: hanya menyerang sasaran Pasukan Quds Iran dan tentera di Syria.

"Kami bersiap sedia untuk operasi menentang penguasaan Iran di Syria," katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: