Servis penghantaran makanan tempatan terbaik

A
A
A

1. DeliverEats bermula di utara semenanjung

Servis penghantaran makanan DeliverEats memilih kawasan utara semenanjung untuk memulakan perniagaan mereka pada tahun 2012.

No Image Caption

Kini servis DeliverEats telah berkembang ke kawasan Lembah Klang berikutan peluang pasaran lebih meluas.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Mereka bekerjasama hampir 800 restoran untuk memberikan variasi makanan kepada pelanggan mereka. Pengguna pasti rambang mata kalau mahu membuat pesanan guna aplikasi ni.

2. Bungkusit sedia penuhi hajat anda

Bungkusit merupakan perkhidmatan penghantaran makanan yang berimejkan Malaysia. Namanya sahaja sudah cukup menggambarkan sifat lokalitinya.

No Image Caption

Paling menarik, Bungkusit bersedia memenuhi selera anda dengan rangkuman yang luas di mana anda bebas untuk memesan makanan dari mana sahaja walaupun tidak terdapat dalam senarai mereka.

No Image Caption

Contohnya anda teringin makan makanan yang dijual di pasar malam, restoran atau kedai makan yang tidak menyediakan penghantaran, anda boleh minta Bungkusit menghantarnya kepada anda. Tapi dengan syarat anda perlu tahu lokasi yang tepat dan masa operasi tempat berkenaan.

3. Dah Makan peneman selera anda

Sesuai dengan namanya yang mudah dan ayat yang melekat di telinga kita, Dah Makan berjaya memikat hati pengguna dengan penawaran perkihdmatan penghantaran makanan daripada sarapan pagi sehingga hidangan makan malam anda. Paling penting penghantarannya yang efisien.

No Image Caption

Pengguna hanya perlu pesan dan tunggu seketika sebelum makanan dihantar ke kediaman atau pejabat anda.

Bagi memenuhi selera ramai penggunannya, Dah Makan turut bekerjasama bersama beberapa restoran bagi memastikan para pengguna bakal menerima masakan yang berbeza setiap hari daripada empat jenis masakan.

No Image Caption

Setakat ini sahaja, Dah Makan sudah berjaya menawarkan servis mereka kepada lebih 1,000 pengguna di Malaysia setiap hari.

4. Mammam Deliveries tawar lebih 30 hidangan

Idea penubuhan Mammam Deliveries, yang terbabit dalam tempahan dan penghantaran makanan hasil perkongsian dua sahabat iaitu Ezaruddin Abd Rahman dan U Chandrasegaran. Mereka memulakan perniagaan itu secara rasmi pada 18 April 2015 dengan modal awal RM700,000.

No Image Caption

Uniknya, Mammam Deliveries menawarkan 30 hidangan terdiri daripada masakan Melayu, Thai, India dan Cina, seperti nasi lemak, char kway teow, nasi ayam Hainan, chettinad, masak kurma, kari hijau dan tom yam.

No Image Caption

Ia dibuka dari 10 pagi hingga 9.30 malam untuk penghantaran sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Penghantaran mengambil masa 60 minit hingga 90 minit selepas tempahan dibuat melalui internet.

5. QuickSent hantar makanan lebih pantas

No Image Caption

QuickSent menawarkan perkhidmatan servis penghantaran makanan untuk juadah lokal Malaysia daripada gerai makan kepada restoran kegemaran anda.

Laman web ini juga memudahkan anda untuk mengenalpasti kedai untuk vegetarian, pork-free dan mendapat sijil Halal.

Dengan cara itu pengguna muslim boleh memastikan makanan yang mereka pesan tidak diragui status halalnya.

No Image Caption

Kawasan liputan QuickSent adalah di luar kawasan Lembah Klang seperti Taiping, Perak – Sungai Petani, Kedah – Kota Kinabalu, Sabah dan lain-lain lagi. Perkhidmatan ini akan memastikan makanan anda sampai dalam masa dibawah 1 jam.