Mesra Mall tawar hadiah basikal promosi gaya hidup aktif

Empat buah basikal khas bakal dimenangi pengunjung Mesra Mall menerusi kempen 'Spend & Be Lucky'.
Empat buah basikal khas bakal dimenangi pengunjung Mesra Mall menerusi kempen 'Spend & Be Lucky'.
A
A
A

MESRA Mall melancarkan kempen 'Spend & Be Lucky' selama 28 hari sehingga 28 November ini yang menawarkan empat buah basikal khas sebagai hadiah utama.

Ketua Pegawai Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, hadiah basikal ditawarkan kerana aktiviti berbasikal kini menjadi budaya dalam kalangan masyarakat khususnya di sekitar Kerteh dan Kemaman.

“Dengan menawarkan basikal khas premium sebagai ganjaran utama, kami berharap usaha ini dapat menarik minat lebih ramai warga penduduk untuk terus kekal sihat dengan berbasikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menerusi kempen 'Spend & Be Lucky', pembeli yang berbelanja dengan nilai minimum RM250 dan keatas melalui dua resit atau lebih boleh menebus baucar Mesra Mall bernilai RM30 sementara stok masih ada dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Katanya, pembelian perlu dilakukan di sebarang kedai-kedai khas termsuklah TMC, TGV, U-Bowl & U Sport.

"Pembeli yang melakukan pembelian lebih RM500 dalam dua resit atau lebih layak untuk turut serta dalam cabutan bertuah yang menawarkan empat buah basikal khas sebagai hadiah utama. Cabutan hadiah utama akan diadakan pada 30 November ini jam 1:00 petang di Mesra Mall," katanya.

Empat pemenang akan dijemput untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada 5 Disember depan jam 2 petang.

Proses cabutan dan majlis penyampaian hadiah akan disiarkan secara langsung melalui Facebook dan nama-nama pemenang akan di war-warkan di dalam kesemua platform media sosial. Sila layari www.mesramall.com atau www.facebook.com/MyMesraMall.

Artikel Berkaitan: