Kualiti produk tempatan setanding jenama antarabangsa

A
A
A

Kajian mendapati 60% rakyat Malaysia menganggap barangan buatan tempatan rendah kualiti jika dibandingkan produk diimport. Kenapa ini berlaku?

Ramai beranggap produk tempatan tidak meyakinkan, mudah rosak dan tidak tahan lama. Malah, ada yang mengaitkan penggunaan produk tempatan tidak setanding jenama antarabangsa dan tidak membawa imej mewah kepada pengguna.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi, sudah tiba masanya orang ramai perlu membuang sikap prejudis, ego dan mengikis tanggapan bahawa produk Malaysia tiada standard.

Jika mentaliti dan sikap tidak diubah, kita tidak akan sedar bahawa

Malaysia ada segala-galanya. Banyak produk keluaran Malaysia dijamin kualiti

malah jauh lebih baik berbanding produk berjenama antarabangsa.

Sebut apa sahaja jenis produk sama ada kenderaan, alat kelengkapan rumah, barangan elektrik, makanan, minuman mahupun pakaian, barangan Malaysia kini telah membanjiri pasaran.

Rakyat Malaysia juga perlu sedar bahawa tindakan mengutamakan barangan tempatan membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak.

Artikel Berkaitan:

Setiap wang ringgit yang dibelanjakan untuk barangan tempat mampu meningkatkan ekonomi negara sekali gus menggalakkan pembangunan industri tempatan bersaing dengan pengeluar antarabangsa untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti.

Tunjukkan semangat cintakan negara, sokonglah jenama dan barangan Malaysia!

MESIN URUT

No Image Caption

Mungkin ramai yang memiliki alat mesin urut Ogawa tetapi tidak tahu bahawa ia adalah jenama Malaysia. Ogawa mengambil maksud aliran dalam bahasa Jepun sebagai konsep jenama. Produk

Malaysia ini telah berkembang menjadi pemain utama dalam industri reka bentuk, pembangunan serta pemasaran kesihatan individu dan mesin kesihatan di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Wong Lee Keong dan Lim Poh Kian.

KENDERAAN

No Image Caption

Siapa yang tidak kenal dengan Proton dan Perodua, dua jenama kenderaan yang mengharumkan nama Malaysia menerusi industri automotif. Industri automotif di pasca kemerdekaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1967 untuk merangsang perindustrian negara.

Kerajaan menawarkan inisiatif untuk menggalakkan pemasangan kenderaan tempatan dan pembuatan komponen kereta. Pada tahun 1983, kerajaan terlibat secara langsung dalam industri automotif melalui penubuhan syarikat kereta kebangsaan Proton, diikuti oleh Perodua pada tahun 1993.

Kini jenama automotif Malaysia iaitu Proton berjaya menguasai pasaran dan menyumbang sekitar 63.2% jumlah jualan pada Ogos 2020.

Perodua pula komited mengekalkan prestasi jualan yang dicatatkan Jun lalu sebanyak 21,250 unit dalam tempoh enam bulan akan datang. Walaupun krisis pandemik Covid-19 memberi impak yang besar kepada sektor automotif, Perodua tetap optimis dan menumpukan kepada strategi pengekalan serta peningkatan jualan.

TILAM

No Image Caption

Satu pertiga masa kehidupan kita dihabiskan untuk tidur. Kualiti tidur yang baik akan mempengaruhi kualiti kehidupan manusia seharian. Ramai yang menitikberatkan soal kualiti tilam dan sanggup menyediakan kos yang tinggi demi sebuah tilam yang empuk.

Getha jenama Malaysia yang patut kita sokong. Nama ‘Getha’ berasal daripada perkataan asli Malaysia iaitu getah. Getha mempunyai pengalaman pembuatan selama 50 tahun dan berkembang menjadi pengeluar tilam busa getah asli serta produk tempat tidur terkemuka di Malaysia yang berpusat di Kajang, Selangor.

BATERI

No Image Caption

Yokohama adalah pengeluar bateri asid terkemuka di Malaysia, dengan eksport ke lebih 40 negara. Makmal penyelidikan dan pembangunan elektrokimianya, salah satu yang terbaik di rantau ini dan menghasilkan teknologi bertaraf dunia bagi industri automotif.

Beroperasi di Pengkalan, Perak, Yokohama menawarkan kitar semula bateri dan pengadunan aloi dan perniagaan mereka bermula pada tahun 1967. Bateri Yokohama diiktiraf menerusi Anugerah BrandLaureate, Anugerah Industri Selangor dan Anugerah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

BARANGAN ELEKTRIK

Setiap rumah lazimnya mempunyai sekurang-kurangnya satu barangan elektrik. Malah pada masa kini, barangan elektrik bukan setakat keperluan asas tetapi keperluan utama isi rumah. erbanggalah dengan memiliki barangan elektrik jenama Malaysia seperti Pensonic, Khind dan Joven.

No Image Caption

Pensonic bermula sebagai sebuah kedai kecil yang menjual peralatan elektrik di Pulau Pinang pada tahun 1965. Nama Pensonic direka dengan menggabungkan ‘Pen’ dan ‘sonic’ yang bermaksud “Bunyi Pulau Pinang” (Sound of Penang). Sejak itu, Pensonic berkembang sebagai jenama peralatan elektrik Malaysia pertama.

No Image Caption

Khind ialah syarikat pengeluar dan pemasar peralatan elektrik rumah pengguna dan elektrik industri dengan hasil RM325 juta pada tahun 2013. Tersenarai di Bursa Malaysia sejak 1998, Khind menggunakan lebih daripada 800 kakitangan

dengan 11 pejabat cawangan di Malaysia dan sebuah kilang di Sekinchan, Selangor. Barangan Khind turut dipasarkan ke 60 negara di seluruh dunia.

No Image Caption

Joven telah diiktiraf sebagai Jenama No.1 Malaysia untuk pemanas air oleh penyelidikan IPSOS pada tahun 2013. Idea ini datang dengan hasrat untuk menghasilkan pemanas air dengan harga lebih berpatutan tanpa bergantung

kepada produk import yang mahal.