Penghormatan besar buat Lang Merah

Aidil Sharin
Aidil Sharin
A
A
A

PENGENDALI Kedah, Aidil Sharin Sahak menyifatkan aksi berdepan juara CIMB Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), bagi saingan Piala Sumbangsih yang juga aksi pembukaan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 sebagai satu penghormatan besar buat skuad Lang Merah itu.

Aidil Sharin berkata, aksi berdepan skuad Harimau Selatan itu yang boleh diibaratkan sebagai aksi ulangan Piala Sumbangsih 2020 diharap dapat menjadi persediaan terbaik bagi pasukan berkenaan mengharungi saingan musim baharu Liga-M 2021.

“Satu penghormatan besar buat kami apabila pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan kalendar baharu bagi saingan Liga-M 2021 yang bermula Februari depan dengan saingan Piala Sumbangsih antara JDT dan Kedah.

“Berdepan JDT sememangnya satu penghormatan buat kami kerana mereka adalah sebuah pasukan yang baik dan berada di atas satu tahap yang lebih daripada mana-mana pasukan di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Aksi Kedah dan JDT pada saingan Piala Sumbangsih lalu. - Foto FB Johor Southern Tigers
Aksi Kedah dan JDT pada saingan Piala Sumbangsih lalu. - Foto FB Johor Southern Tigers

Sementara itu, Aidil Sharin menghargai usaha MFL mengumumkan kalendar baharu bagi saingan Liga-M 2021 kerana ia memberikan peluang kepada semua pasukan untuk membuat persediaan awal.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain akan menggunakan masa yang ada untuk melakukan persiapan sekali gus menyediakan pasukan yang lebih baik dalam mengharungi saingan musim baharu nanti.

“Bagi saya masa yang diberikan oleh MFL dah mencukupi untuk kita persiapkan pasukan, cuma tahun depan kita akan beraksi dalam saingan Piala AFC.

Artikel Berkaitan:

“Oleh itu, sudah tentu kita perlukan pasukan yang lebih baik kerana kita tahu saingannya akan lebih mencabar,” katanya.