X

Kindly register in order to view this article
!

Izzaddin dilantik sebagai anggota lembaga pengarah GSMA

Izzaddin Idris
A
A

TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) dan bakal GCEO Axiata Group Bhd (Axiata), Datuk Izzaddin Idris dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Persatuan GSM (GSMA) selama dua tahun bermula Januari 2021 hingga Disember 2022.

Izzaddin berkata, pelantikan itu menunjukkan keyakinan dan pengiktirafan berterusan GSMA terhadap pencapaian Axiata di 11 negara di Asia Tenggara dan ASEAN dengan mengendalikan syarikat telekomunikasi digital, perniagaan digital serta sebuah syarikat infrastruktur serantau.

“Kami menyedari peranan industri telekomunikasi telah berkembang daripada menjadi penyedia kesalinghubungan kepada jentera pertumbuhan digital yang penting untuk membangunkan semula ekonomi dan masyarakat di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, di samping memikul tanggungjawab penting dalam jalinan dengan kerajaan dan perniagaan ke arah pemulihan dipacu digital, model perniagaan mampan juga perlu dipastikan supaya terus memberi manfaat kepada pelanggan dan komuniti untuk jangka panjang.

“Ketika kita menghadapi cabaran baharu, industri ini pasti meraih manfaat daripada perspektif dan kepimpinan ahli lembaga pengarah GSMA yang pelbagai dan kolektif.

"Saya berharap dapat membawa pembelajaran Axiata ke dalamnya memandangkan kita menyumbang kepada usaha memajukan industri dan Asia,” katanya.

GSMA merupakan organisasi global yang mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia, menyatukan lebih 750 pengendali dan hampir 400 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang meluas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!