Sembilan rumah rosak dilanda ribut

Antara rumah di Kampung Api-Api yang rosak dilanda ribut dan hujan lebat malam tadi.
Antara rumah di Kampung Api-Api yang rosak dilanda ribut dan hujan lebat malam tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sembilan buah rumah penduduk di Kampung Api-Api di sini rosak akibat dilanda ribut dan hujan lebat, malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, kejadian pada jam 8.10 malam itu menyebabkan kebanyakan rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

Menurutnya, seorang pegawai dan tiga anggota diarah membuat pemantauan di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan mendapati tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Shaiful Azril berkata, pihaknya membuat pemeriksaan serta mengambil maklumat mangsa di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak pengurusan untuk tindakan lanjut.

"Penilaian kerosakan sedang dilakukan pihak berwajib dan kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan," katanya.

Artikel Berkaitan: