X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS

Ringgit meneruskan kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen peningkatan dalam pasaran tempatan dan serantau. Foto 123RF
A
A

RINGGIT meneruskan kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen peningkatan dalam pasaran tempatan dan serantau.

Pada jam 9.10 pagi, unit tempatan berada pada 4.1000/1050 berbanding dolar AS daripada 4.1020/1070 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata, penurunan dolar AS semakin menarik berbanding mata wang asing pasaran sedang pesat membangun.

Beliau berkata, mata wang negara yang mencatatkan penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ketara pada tahun ini berikutan pandemik koronavirus (Covid-19) dan kehilangan pendapatan pelancongan semakin pulih susulan berita mengenai vaksin.

“Sehubungan itu, ringgit sesuai untuk situasi tersebut,” katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0522/0570 daripada 3.0537/0576 semalam, naik berbanding yen kepada 3.9289/9441 daripada 3.9329/9381 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8597/8673 daripada 4.8674/8750.

Bagaimanapun, unit tempatan susut berbanding pound kepada 5.4313/4383 daripada 5.4245/4319 semalam. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!