PKPD: 40 penduduk Medan 88 serah diri setakat semalam

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

SEPANG - Seramai 40 penduduk termasuk 11 wanita yang disyaki melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi di sini sudah menyerah diri setakat semalam.

Daripada jumlah itu, 13 individu dikesan pada 12 November lalu, 11 individu pada 13 November, tiga individu pada 14 November, lima individu pada 15 November dan terbaharu lapan orang pada semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mengikut pecahan warganegara, 14 daripadanya adalah warga tempatan dan selebihnya membabitkan warga asing dari Indonesia (16), Thailand (tujuh), India (satu), Myanmar (satu) dan Nepal (satu).

"Setakat ini jumlah semasa penghuni dalam Medan 88 ialah seramai 383 orang, manakala jumlah pekerja yang bekerja di Medan 88 tetapi menjalani kuarantin di luar kawasan ini ialah seramai 50 orang," katanya hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, sejak pelaksanaan PKPD di kawasan itu, 346 penduduk Medan 88 sudahpun menjalani ujian calitan dan daripada jumlah itu, empat daripada mereka didapati positif koronavirus (Covid-19).

"Seramai 44 orang didapati positif Covid-19 sebelum PKPD dilaksanakan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD: 400 penduduk Medan 88, Salak Tinggi gagal dikesan

20 penduduk Medan 88 lari PKPD serah diri

PKPD Medan 88: 27 penduduk sudah serah diri

Sebelum ini, media melaporkan seramai 400 penduduk di situ tidak kembali ke rumah selepas polis mengepung kawasan premis perniagaan terbabit.

PKPD di kawasan berkenaan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula 12 sehingga 25 November ini membabitkan seramai 800 penduduk meliputi 88 unit rumah kedai dan 284 premis perniagaan.

Artikel Berkaitan: