Banjir: 21 penduduk dari dua kampung berpindah

Keadaan sebuah rumah penduduk yang dilanda banjir malam tadi.
Keadaan sebuah rumah penduduk yang dilanda banjir malam tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 21 mangsa banjir daripada sembilan keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Desa Coalfields Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) berikutan banjir melanda Kampung Seri Sentosa dan Kampung Sri Aman sini malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, PPS yang menempatkan mangsa banjir di kedua-dua kampung itu mula beroperasi jam 1 pagi tadi.

Menurutnya, pembukaan PPS itu berikutan hujan lebat berterusan selama beberapa jam menyebabkan paras air meningkat hingga melimpah ke kawasan kediaman penduduk.

"Mangsa banjir yang ditempatkan di PSS itu terdiri daripada 12 lelaki dan sembilan wanita," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Shaiful Azril berkata, dari segi pecahan mangsa banjir di PSS itu membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan.

"Seramai lima orang masing-masing terdiri daripada lelaki dan wanita dewasa, warga emas lelaki (satu) dan warga emas perempuan (tiga) serta seorang orang kurang upaya (OKU) lelaki (satu)," katanya.

Artikel Berkaitan: