X

Kindly register in order to view this article
!

44 mangsa banjir pertama dipindahkan di Terengganu

Pihak keselamatan memindahkan mangsa banjir di daerah Setiu malam tadi.
A
A

SETIU - Hujan lebat berterusan di daerah ini sejak semalam menyebabkan 44 mangsa banjir daripada 11 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak malam tadi.

Kesemua mangsa dipindahkan sejak awal pagi tadi berikutan kediaman masing-masing telah dinaiki air.

Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Balairaya Sungai Lerek dan Surau Kampung Bukit Nyior Pelong di Dun Langkap.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lef Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, semua mangsa dipindahkan ke PPS berkenaan yang mula dibuka pada jam 1 pagi.

Beliau berkata, hujan lebat menyebabkan limpahan air sungai di kawasan berhampiran yang mengakibatkan banjir dan terdapat laluan terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan.

Katanya, dua sungai iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Kampung Bukit berapa pada tahap berjaga-jaga.

"Cuaca semasa masih lagi hujan dan sejak malam tadi terdapat penduduk yang dipindahkan ke PPS.

"Paras sungai juga berada pada tahap berjaga-jaga di mana air telah melimpah menyebabkan sebuah laluan di Kampung Seri Kenangan iaitu jalan Pengkalan Merbau/Pelong telah ditutup kepada semua kenderaan pagi ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!