Covid-19: KKM sasar nilai R naught menurun bawah 0.5

KKM menyasarkan penurunan nilai kebolehjangkitan atau R naught (RO) bawah 0.5 menerusi aktiviti kesihatan awam dalam mencegah dan mengawal penularan wabak Covid-19.
KKM menyasarkan penurunan nilai kebolehjangkitan atau R naught (RO) bawah 0.5 menerusi aktiviti kesihatan awam dalam mencegah dan mengawal penularan wabak Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan penurunan nilai kebolehjangkitan atau R naught (RO) bawah 0.5 menerusi aktiviti kesihatan awam dalam mencegah dan mengawal penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu yang dilaporkan semalam iaitu 1,210 kes meletakkan nilai kadar kebolehjangkitan negara antara 1.1 dan 0.9.

“KKM menyasarkan R naught atau kadar kebolehjangkitan bawah nilai 0.5 dengan mempertingkatkan aktiviti kesihatan awam bagi mencegah dan mengawal jangkitan (Covid-19),” katanya menerusi Twitter rasminya hari ini.

Semalam, kes positif Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan angka empat digit dengan 1,210 lagi kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif dalam negara 49,730. - Bernama

Artikel Berkaitan: