X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

Pekerja asing gelang pink di tapak pembinaan telah disaring

Dua gambar pekerja asing di tapak pembinaan memakai gelang pink yang tular di media sosial.
A
A

PUTRAJAYA - Pekerja asing memakai gelang pink dan berada di tapak pembinaan seperti yang tular di media sosial merupakan 264 daripada 273 individu telah disaring melalui saringan pemantauan tapak pembinaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pekerja terbabit boleh bergerak di dalam kawasan tapak binaan tersebut.

"Mereka diberikan gelang pink kerana pekerja itu adalah warga asing bagi mengelakkan keluar dari tapak binaan.

"Tetapi pekerja tersebut masih boleh bergerak di dalam tapak binaan kerana ia saringan pemantauan dan bukan saringan kontak rapat," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pihak pemaju telah diminta untuk memastikan kesemua yang disaring berada dalam kawasan tapak binaan.

"Dua orang pengawal keselamatan turut ditempatkan di pintu masuk tapak bina dan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju juga melakukan pemantauan setiap hari," katanya.

Beliau berkata, pemaju telah menghentikan operasi di tapak binaan itu bermula Jumaat lalu sehingga Ahad bagi tujuan kerja-kerja disinfeksi.

"Pelepasan dan pemotongan gelang pink telah dilakukan jam 11 pagi pada Ahad lalu," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, hasil saringan terdapat satu kes positif.

"Kes tersebut tidak tinggal di tapak bina tetapi menetap di luar kawasan pembinaan," katanya.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lapan kontak rapat bagi kes berkenaan.

"Mereka menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari bermula 7 hingga 20 November," katanya.

Tambahnya, kesemua pekerja lain didapati negatif dan diberi pelepasan pada 15 November lalu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!