'Tak perlu layan PH'

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Pas mengambil pendirian untuk tidak melayan sebarang kritikan yang dilontarkan pemimpin PH berhubung kerjasama politik antara parti-parti pembangkang ketika ini.

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, apa yang perlu dilakukan kini adalah bergerak ke hadapan dan memperkukuhkan lagi gabungan politik demi kepentingan Islam dan Melayu.

“Saya percaya bahawa kerjasama ini telah membuahkan hasil seperti mana di Cameron Highlands apabila BN berjaya mempertahankan kerusi pada PRK hujung bulan lalu dan sedikit sebanyak telah menggerunkan pihak PH.

“Ini kerana suasana politik ketika ini telah berbeza, ditambah pula dengan pertandingan dua penjuru yang pastinya memberi kelebihan kepada parti-parti kerjasama politik pembangkang.

“Jadi, saya berasakan kita tidak perlu layan (kritikan PH) dan perlu ‘move foward’ untuk kukuhkan lagi gabungan parti-parti pembangkang ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan kemenangan pembangkang mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini disebabkan kerjasama di antara Pas dan ‘parti kafir’ yang dikenali sebagai Umno.

Dr Mahathir dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Putrajaya, semalam.

Beliau secara sinis berkata, gelaran kafir itu bukanlah datang daripada beliau, sebaliknya ia diberikan sendiri oleh Pas suatu ketika dulu.

Artikel Berkaitan:

"Sebab mereka (pembangkang) menang, kita percaya kerana adanya gabungan di antara Pas dengan parti kafir Umno.

"(Gelaran kafir) itu Pas yang kata, bukan saya. (Dulu mereka kata) Umno ni kafir, tapi sekarang dah bekerjasama dan dapatlah mereka mencapai kemenangan," katanya.