Amanah terima makluman ADUN Meru mohon sertai PKR

Khalid Abdul Samad, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
Khalid Abdul Samad, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) mengesahkan menerima makluman yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru di Selangor, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar memohon untuk menyertai PKR.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, dengan keputusan tersebut, keahlian dan semua jawatan dalam parti yang disandang oleh Mohd Fakhrulrazi terbatal serta-merta.

“Kami telah dimaklumkan yang beliau telah memohon dan menyertai PKR. Dengan menyertai parti lain, beliau dengan serta-merta hilang keahlian dan juga kesemua jawatan dalam parti,” kata Khalid ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, ADUN Meru itu mengambil keputusan meninggalkan Amanah untuk menyertai PKR.

Setakat ini PKR masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya belum bercerai dengan Amanah'

Amanah sahkan ADUN Meru keluar parti sertai PKR

Artikel Berkaitan: