123,000 liter petrol cuba diseludup ke negara jiran

Tong minyak dipercayai digunakan untuk menyeludup petrol di perairan Pulau Ligitan, Semporna.
Tong minyak dipercayai digunakan untuk menyeludup petrol di perairan Pulau Ligitan, Semporna.
A
A
A

SEMPORNA - Sebanyak 123,000 liter petrol yang cuba diseludup ke negara jiran berjaya dipatahkan sepasukan anggota Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) di perairan Pulau Ligitan di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, seramai 17 individu termasuk lima warga tempatan ditahan di dalam bot kumpit dan kapal tangki di perairan terbabit.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Johari Mohd Jaafar berkata, dua bot kumpit dan kapal tangki dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

"Anggota berjaya memintas bot itu dan hasil pemeriksaan awal mendapati seramai 12 orang awak-awak warga Filipina bersama 505 tong minyak berada di dalam kedua-dua bot kumpit manakala pemeriksaan kapal tangki pula mendapati seramai lima orang awak-awak warga tempatan berada di dalamnya.

"Pemeriksaan lanjut mendapati sejumlah 123,000 liter petrol dipercayai cuba diseludup ke negara jiran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kapal tangki dan bot kumpit yang diperiksa mengandungi petrol serta tong minyak dipercayai untuk aktiviti penyeludupan ke negara jiran di perairan Pulau Ligitan, Semporna.
Kapal tangki dan bot kumpit yang diperiksa mengandungi petrol serta tong minyak dipercayai untuk aktiviti penyeludupan ke negara jiran di perairan Pulau Ligitan, Semporna.

Johari berkata, sebelum itu, bot dan kapal terbabit ditahan atas kesalahan melanggar perintah berkurung Seksyen 31(1) Akta Polis 1967.

"Namun selepas pemeriksaan lanjut, didapati bot dan kapal itu melakukan aktiviti penyeludupan minyak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan juga pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, bot dan kapal itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk siasatan lanjut.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,185,324 dan kesemua awak-awak telah disaring koronavirus (Covid-19) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Semporna," katanya.

Individu yang ditahan selepas dipercayai melakukan aktiviti penyeludupan petrol di perairan Pulau Ligitan, Semporna.
Individu yang ditahan selepas dipercayai melakukan aktiviti penyeludupan petrol di perairan Pulau Ligitan, Semporna.