Tinjauan Wilayah Bebas Berniaga

No Image Caption
A
A
A

Peniaga buah-buahan, Muhammad Safri Ahmad, 29, kelihatan menyusun buah-buahan untuk dijual kepada pelanggan semasa tinjauan peniaga kecil di sekitar Wangsa Maju, hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya bermula 15 Nov lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan berkata peniaga yang mengikuti program Wilayah Bebas Berniaga diminta bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di kawasan masing-masing dan perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan