i-Sinar KWSP bukti kerajaan prihatin rakyat: Cuepacs

Adnan Mat
Adnan Mat
A
A
A

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan kemudahan pengeluaran simpanan persaraan daripada akuan satu i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada lebih dua juta ahlinya yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan adalah bukti kerajaan prihatin terhadap rakyat.

Presidennya, Adnan Mat berkata, kemudahan akses secara bersasar kepada mereka yang terjejas itu merupakan satu keputusan yang tepat kerana ia membantu golongan rakyat yang terkesan, malah turut menjamin simpanan hari tua bagi mereka yang tidak terkesan ekoran penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ketika ini.

Menurutnya, keputusan itu juga mencerminkan bahawa kerajaan dan KWSP mendengar keluhan dan suara hati rakyat yang begitu terkesan dengan situasi pandemik ketika ini.

“Inisiatif KWSP wajar dipuji kerana agensi tersebut terlibat secara langsung dalam inisiatif berjumlah RM61 bilion bagi membantu kelangsungan hidup rakyat (termasuk i-Sinar, i-Lestari dan pengurangan kadar caruman).

“Walaupun secara zahirnya kakitangan di sektor kerajaan tidak terjejas pendapatan, namun kemungkinan ada dalam kalangan pasangan mereka yang berniaga atau bekerja di sektor swasta terkesan dengan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN [VIDEO] Pencarum terjejas boleh keluar akaun satu KWSP hingga RM60,000

KWSP Akaun 1: Boleh keluar pendahuluan hingga RM60,000

Adnan berkata, pihaknya menasihatkan semua ahli termasuk penjawat awam yang membuat caruman KWSP untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan KWSP atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) jika mengalami masalah atau pertanyaan berhubung i-Sinar.

“Cuepacs juga berharap kerajaan pada masa akan datang memberi keutamaan kepada KWSP dalam projek pembangunan dan pelaburan yang boleh menjana keuntungan lumayan kepada KWSP.

“Langkah tersebut sekurang-kurangnya membolehkan KWSP mencatat pertumbuhan yang lebih baik sekali gus menterjemahkannya kepada pemberian dividen lebih tinggi kepada pencarum,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan kembali jumlah simpanan persaraan pencarum KWSP termasuk pekerja di sektor awam yang membuat caruman KWSP.