Allahyarham Baharom selamat dikebumikan

Isteri kepada Allahyarham Datuk Baharom Mahusin, Datin Noor Fauzana Yaakub (kanan) menyiram pusara suaminya di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL Karak (Taman Selasih), Batu Caves hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah Ketua Pengarang Sinar Harian, Allahyarham Datuk Baharom Mahusin selamat dikebumikan sebentar tadi.

Allahyarham selesai disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, KL- Karak kira-kira jam 3 petang tadi.

Upacara pengebumian dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan hanya terhad kepada sebilangan ahli keluarga dan rakan terdekat.

Terdahulu, Allahyarham disembahyangkan di Masjid Bilal Bin Rabbah, Taman Koperasi Polis.

Antara kenamaan yang hadir memberi penghormatan terakhir Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ibu kepada Allahyarham Datuk Baharom Mahusin, Safiah Dollah menyiram pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL Karak (Taman Selasih), Batu Caves hari ini. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Selain itu, turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Ketua Pengarang Bernama, Datuk Mokhtar Hussain; Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak ; Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar dan bekas Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

Allahyarham Baharom menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 7.23 pagi tadi akibat kegagalan fungsi organ.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham yang mula menyertai keluarga Sinar Harian pada 1 April 2019 meninggalkan seorang balu, Datin Noor Fuzana Yaakub,53 dan dua orang anak iaitu Muhammad Shuqran, 26 dan Nor Azirah, 22.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia

Pemimpin negara ucap takziah kepada keluarga Baharom

Pemergian Baharom kehilangan besar industri media