X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO Perak bersedia jika berlaku PRK

Saarani
A
A

GERIK - UMNO Perak bersedia dengan sebarang kemungkinan jika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik diadakan.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan, mana-mana kerusi Parlimen yang kosong disebabkan kematian perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas ia diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Beliau berkata, berdasarkan situasi itu, UMNO Perak sudah memanggil Setiausaha UMNO Bahagian Gerik, Ahmad Shukri Ismail bagi mendapatkan maklumat mengenai parti di bahagian berkenaan selepas pemergian Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman semalam.

"Sudah tentu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat menentukan sama ada PRK Parlimen Gerik akan diadakan atau sebaliknya.

"Berdasarkan maklumat diberikan setiausaha bahagian, memang UMNO Gerik sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang malah jika arwah masih ada, satu majlis penyampaian watikah kepada ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) akan diadakan," katanya kepada pemberita selepas ditemui di Masjid Jamek Gerik di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

Beliau berkata, melihat kepada kesiapsiagaan UMNO Bahagian Gerik menghadapi PRU15 nanti, pihaknya menganggap tiada masalah untuk parti itu menghadapi PRK jika dilaksanakan.

Dalam pada itu, Saarani menjelaskan, UMNO Perak berdepan ujian berat apabila kehilangan dua Ketua UMNO Bahagian pada tahun ini iaitu Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Hasbullah.

Bagaimanapun, mereka reda dengan ujian dan ketentuan ALLAH selain menjelaskan perjalanan pentadbiran UMNO bahagian-bahagian yang tidak mempunyai ketua diteruskan oleh timbalan ketua bahagian masing-masing seperti termaktub dalam perlembagaan parti.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya kehilangan seorang sahabat: Saarani

Hasbullah banyak jasa: MB Perak


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!