Pertimbang cadangan lima pertukaran pemain

Aksi EPL perlu pertukaran lima pemain - Foto telegraph.co.uk
Aksi EPL perlu pertukaran lima pemain - Foto telegraph.co.uk
A
A
A

PIHAK Premier League (PL) digesa untuk mempertimbangkan semula cadangan untuk menguatkuasakan lima pertukaran dalam mana-mana perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengendali England, Gareth Southgate berkata, cadangan berkenaan perlu diberikan perhatian serius berikutan masalah kecederaan yang menimpa beberapa pemain pada tempoh rehat baru-baru ini.

Menurutnya, pertukaran lima pemain itu sebenarnya bertujuan untuk menjaga kebajikan pemain biarpun ramai mengatakan pertukaran lima pemain itu hanya akan memberikan manfaat kepada pasukan-pasukan besar.

“Bagi saya, isu kebajikan pemain perlu sentiasa diberikan keutamaan. Ketika berdepan Belgium, kita berpeluang untuk melakukan lima pertukaran, tetapi kita hanya boleh lakukan empat (pertukaran) tetapi bagaimana dengan pasukan kelab mempunyai pilihan seperti itu?

“Apa yang perlu dilakukan agar pertukaran lima pemain ini menjadi realiti? Dengan empat pertukaran kita dapat lihat masalah kecederaan berkurangan, tetapi apakah kita menantikan pula masalah kecederaan yang lebih serius berlaku?

“Sebenarnya saya juga perlu berlaku adil kepada pihak pengurusan kelab kerana mereka juga perlu memastikan pemain mereka berada dalam keadaan cergas dan terbaik,” katanya.

Terdahulu,Southgate telah menyaksikan pemain Manchester City, Raheem Sterling dan Jordan Henderson(Liverpool) kembali ke pangkuan kelab masing-masing dengan mengalami masalah kecergasan dan manakala pemain Chelsea Ben Chilwell pula dilaporkan mengalami masalah kecederaan belakang.

Sementara itu Southgate pihaknya sentiasa cuba untuk membantu pemain untuk kembali pulih dan cergas sebelum kembali ke pangkuan pasukan / kelab masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jika perkara sedemikian tidak dilakukan, masalah seperti kecederaan yang dialami pemain akan menjadi bertambah serius kelak.

“Masalah keletihan dalam kalangan pemain hanya akan memburukkan lagi keadaan apatah lagi apabila dicadangkan untuk beberapa perlawanan tambahan diadakan pada tempoh rehat akan datang.

“Kita telah berikan pemain tempoh rehat yang agak lama tetapi mereka kembali mengalami kecederaan apabila berlatih; dan itu perkara yang agak membimbangkan apatah lagi apabila diberitakan tiada tempoh rehat pada musim sejuk akan datang,” kataya.