Suarez terlepas aksi berdepan Barcelona akibat Covid-19

Luis Suarez
Luis Suarez
A
A
A

[DIKEMAS KINI] BINTANG Atletico Madrid, Luis Suarez bakal terlepas aksi berdepan Barcelona di Estadio Wanda Metropolitano 22 Novemberi ini apabila disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Menurut satu kenyataan daripada Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF), Suarez didapati positif wabak berkenaan setelah kembali daripada aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Colombia di Estadio Metropolitano 14 November lalu.

Tambah kenyataan itu lagi, Suarez kini sedang menjalani proses isolasi dan bakal terlepas aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Brazil hari ini.

“Kesemua pemain Urugruay juga telah menjalani ujian calitan (swab test) dan kesemua mereka didapati positif kecuali mendapati penjaga gol Rodrigo Munoz dan pegawai pasukan Matias Faral yang dikesan positif.

“Kesemua mereka (Suarez, Munoz dan Faral), kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masing-masing sedang menjalani proses isolasi,” menurut kenyataan berkenaan.

Pada aksi berdepan Colombia itu, Suarez dilaporkan beraksi beraksi cemerlang pada perlawanan berkenaan dan turut menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-54.

Dua lagi gol Uruguay dijaringkan oleh Edinson Cavani pada minit ke-5 dan Darwin Nunez pada minit ke-75.

Sementara itu pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone berkata, dia bakal menurunkan pemain lain seperti Radamel Falcao, Alvaro Morata dan Diego Costa bagi aksi berdepan Barcelona nanti.

Artikel Berkaitan:

"Saya percaya mereka adalah gandingan terbaik bagi menggantikan Suarez kerana pada kebiasaannya pertahanan lawan akan mengekori rapat pergerakannya.

“Itu juga adalah perancangan kita yang membuka peluang kepada pemain lain untuk menjaringkan gol,” katanya.