Jenazah Hasbullah selamat dikebumi

Allahyarham Hasbullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Gerik kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
Allahyarham Hasbullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Gerik kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
A
A
A

GERIK - Jenazah Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang di sini kira-kira jam 11.45 pagi.

Allahyarham meninggal dunia petang semalam kerana serangan jantung di Hospital Raub, Pahang.

Terdahulu, jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Ulu Kenderong, di sini kira-kira jam 5.30 pagi dari Hospital Raub, Pahang.

Allahyarham kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek Gerik kira-kira jam 10.30 pagi untuk solat jenazah dan kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, di sini hari ini.

Solat jenazah diimamkan sendiri oleh anak sulungnya, Mohd Haris Helmi, 34.

Antara pemimpin yang hadir, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali; Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Allahyarham meninggalkan isteri dan lapan anak.

Semalam, kerajaan Perak turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Hasbullah.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman.

Menerusi laman Facebooknya, Muhyiddin menyifatkan pemergian Hasbullah satu kehilangan besar buatnya.

Terdahulu, Hasbullah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Raub, Pahang hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Allahyarham memperoleh 13,243 undi menewaskan pencabarnya iaitu Mohd Dahalan Ismail daripada PAS dan Ibrahim Mohd Hanafiah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia