Ismail Sabri hadir beri penghormatan terakhir

Ismail Sabri turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin.
Ismail Sabri turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Masjid Bilal Bin Rabbah, Taman Koperasi Polis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin.

Beliau yang tiba pada jam 11.30 pagi turut menunaikan solat jenazah 10 minit selepas itu.

Solat jenazah diimamkan oleh Naqib Masjid, Ahmad Fathi Muhammad.

Ismail turut meluangkan masa menyampaikan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharom.

Jenazah akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: