Gadis bawah umur ditahan sertai parti liar

Antara remaja yang ditahan dalam parti liar di sebuah bilik hotel di Jalan Raja Uda awal pagi tadi.
Antara remaja yang ditahan dalam parti liar di sebuah bilik hotel di Jalan Raja Uda awal pagi tadi.
A
A
A

BUTTERWORTH - Dua remaja perempuan bawah umur antara 10 yang ditahan kerana menyertai parti liar yang diadakan di sebuah bilik hotel di Jalan Raja Uda di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan empat perempuan berusia antara 15 hingga 23 tahun.

Menurutnya, serbuan yang dibuat pada jam 2.53 pagi itu hasil daripada maklumat awam selepas mendapati kumpulan remaja terbabit berada dalam keadaan mencurigakan apabila berkumpul beramai-ramai di bilik hotel berkenaan.

"Ketika serbuan dilakukan mereka didapati sedang berhibur dengan memasang muzik yang kuat.

"Ujian saringan air kencing yang dibuat mendapati lima daripada mereka positif dadah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Antara remaja yang ditahan dalam parti liar di sebuah bilik hotel di Jalan Raja Uda awal pagi tadi.
Antara remaja yang ditahan dalam parti liar di sebuah bilik hotel di Jalan Raja Uda awal pagi tadi.

Noorzainy berkata, kesemua mereka dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selain itu katanya, lima individu yang positif dadah akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan akan direman.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua mereka dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah SPU untuk tindakan lanjut," katanya.