Daus AF cerai isteri dalam pantang

Daus
Daus
A
A
A

PENYANYI yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) Daus, 31, mengesahkan dia dan isteri, Syaza Shamimi Jalaludin Khan, 32, telah bercerai talak satu di Mahkamah Bintulu, Sarawak, pada Jumaat.

Berita tersebut agak mengejutkan apatah lagi pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata ketiga mereka dua minggu lalu.

Menafikan faktor orang ketiga, Daus atau nama lengkapnya, Muhd Shahril Firdaus Eli, mengakui perkahwinannya itu berakhir kerana tiada lagi persefahaman, selain hubungan jarak jauh antara dia dan isteri.

No Image Caption

“Mungkin persefahaman antara kami renggang kerana hubungan jarak jauh. Saya di Bintulu mengendalikan perniagaan antaranya pembekalan ubat untuk farmasi, manakala dia tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur,” katanya kepada sebuah akhbar.

Bagaimanapun, menurut Daus lagi, proses perceraian mereka berjalan lancar, dan masing-masing tidak menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang terjadi ini.

Mengakui bersedia dikecam netizen kerana perceraian ini berlaku ketika isterinya masih dalam pantang, kata Daus, hanya keluarga kedua belah pihak sahaja yang tahu perkara sebenar.

“Alhamdulillah, kami terima hakikat dan berbaik demi anak. Saya sedar apa yang berlaku akan membuka ruang buat masyarakat mengecam saya.

Artikel Berkaitan:

“Tambah lagi isteri masih dalam pantang. Saya bersedia untuk kena kecam kerana hanya kami serta keluarga masing-masing yang tahu perkara sebenar,” katanya sebagaimana yang dilaporkan.

Daus dan bekas isteri mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak iaitu Delysha Senzela, 5, Myesha Sehrish, 3, dan Ayesha Sheraz yang baru sahaj lahir dua minggu lalu.