Semua masjid di Kelantan buat solat hajat 40 malam

 Berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan sejak akhir-akhir ini, maka pihak MAIK telah memutuskan agar solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat tersebut diadakan selama 40 malam bermula hari ini. Gambar hiasan Bernama
Berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan sejak akhir-akhir ini, maka pihak MAIK telah memutuskan agar solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat tersebut diadakan selama 40 malam bermula hari ini. Gambar hiasan Bernama
A
A
A

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memperkenankan semua masjid negeri, bandar, jajahan serta mukim mengadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat berikutan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan sejak akhir-akhir ini, maka pihak MAIK telah memutuskan agar solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat tersebut diadakan selama 40 malam bermula hari ini (17 November).

“Arahan ini dikecualikan kepada masjid- masjid yang terletak di kawasan-kawasan yang telah disahkan terdapat kluster Covid-19.

“Dimaklumkan juga bahawa majlis akad nikah yang diadakan di masjid-masjid hanya dibenarkan dengan kehadiran tidak lebih dari 20 orang sahaja.

“Saya mendoakan agar segala usaha dan langkah yang diambil akan diperkenankan oleh ALLAH SWT dan wabak Covid-19 yang sedang mengancam negeri dan negara pada masa ini segera berakhir serta diangkat oleh-NYA,” katanya.

Artikel Berkaitan: