Masak dalam talian Ajinomoto tawar hadiah menarik

Pengguna digalakkan memasak pelbagai sajian dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 setiap seorang.
Pengguna digalakkan memasak pelbagai sajian dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 setiap seorang.
A
A
A

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan saranan kekal di rumah, ramai yang menggunakan khidmat penghantaran makanan atau masak sendiri di rumah lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkeluarga.

Justeru, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) mengorak langkah dengan menjadikan memasak di rumah lebih seronok dengan aktiviti memasak dalam talian.

AMB dalam satu kenyataan berkata, pengguna digalakkan memasak pelbagai sajian dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 setiap seorang.

Menurut kenyataan itu, untuk menyertai aktiviti dalam talian ini, pengguna hanya perlu mendaftar keahlian ‘Umami Club’ secara percuma di laman sesawang rasmi AMB www.ajinomoto.com.my/umamiclub.

"Ikuti langkah mudah untuk memenangi hadiah menarik iaitu pertama, pilih satu daripada tiga video bagi aktiviti dalam talian.

"Kemudian, masak sajian yang dipilih berdasarkan video resipi dan seterusnya, muat naik di Facebook atau Instagram anda dengan tanda pagar #cookingwithajinomotomalaysia dan jangan lupa buka akaun anda kepada awam," menurut kenyataan itu.

Pemenang akan diumumkan di Facebook rasmi AMB dan demi menggalakkan pengguna kekal selamat daripada wabak Covid-19, mereka boleh membeli produk Ajinomoto melalui platform e-dagang seperti Shopee atau Lazada.

"Pilihan ini lebih mudah dan tak perlu bersusah-payah keluar rumah dan berada di tempat yang sempit dan sesak dengan orang ramai."Dengan langkah memasak dalam talian ini, kami harap ibu bapa dapat lebih banyak idea untuk masak pelbagai sajian buat keluarga dan pada masa yang sama berpeluang memenangi hadiah menarik daripada Ajinomoto. Kekal selamat dan kekal sihat," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: