[VIDEO] Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira jam 7.23 pagi tadi.
Difahamkan, Allahyarham dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum dipindahkan ke PPUM dua minggu lalu selepas sering mengadu di bahagian perut.
Allahyarham yang mula bertugas di Sinar Harian pada 1 April tahun lalu meninggalkan seorang balu dan dua anak.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bilal Bin Rabbah, Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinan, Taman Batu Muda untuk disemadikan.
Terdahulu, berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.
“Hari ini Sinar Harian terpaksa merelakan sebuah lagi kepergian. Semoga Allahyarham Datuk Baharum Mahusin, yang baru menghembuskan nafas terakhir beliau di PPUM damai di sana.
“Saya bersaksi bahawa arwah seorang yang amat baik. Semoga ALLAH SWT memberi tempat terbaik buat beliau,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.
Hari ini SinarHarian terpaksa merelakan sebuah lagi kepergian. Semoga Allahyarham Dato Baharom Mahusin, yang baru menghembuskan nafas terakhir beliau di PPUM damai di sana. Saya bersaksi bahawa arwah seorang yang amat baik. Smoga Allah swt memberi tempat terbaik buat beliau. pic.twitter.com/iwXjKQyt6M
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) November 16, 2020
Bahasa asing alat komunikasi rentas budaya
Stesen minyak, sindiket bersekongkol
Harga emas tinggi, jual atau beli?
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Pelajar maut rentas desa: Pihak guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman
Ada penduduk sempat kutip beras
Pelajar perempuan maut, rakan parah motosikal rempuh tembok pasar raya