X

Kindly register in order to view this article
!

PIBB tawar pembiayaan panel solar kediaman

Public Islamic Bank
A
A

PUBLIC Islamic Bank Berhad (PIBB) menawarkan Pembiayaan Panel Solar bagi rumah kediaman khusus untuk pelanggan pembiayaan perumahannya dan Public Bank Bhd, bermula 12 November 2020 hingga 31 Disember 2021.

Pakej pembiayaan itu adalah sebahagian daripada usaha PIBB untuk menyumbang secara positif ke arah kesejahteraan masyarakat melalui Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI).

VBI bertujuan mensejajar model perniagaan Islam ke arah merealisasikan matlamat prinsip syariah untuk menjana kesan positif dan mapan kepada ekonomi, komuniti dan alam sekitar.

PIBB dalam kenyataannya memaklumkan, ia menawarkan kadar pembiayaan daripada kadar asas 2.0 peratus setahun sehingga 10 tahun. Kadar asas semasa adalah 2.27 peratus setahun sejak 10 Julai lalu.

"Selain melindungi alam sekitar dengan kuasa elektrik yang dijana daripada sumber mapan, pelanggan juga dapat menjimatkan wang kerana bil elektrik rendah atau sifar, bergantung pada penggunaannya.

"Kempen ini juga menyokong inisiatif kerajaan untuk menggalakkan kadar penyerapan tenaga boleh diperbaharui, yang mana panel solar akan beroperasi di bawah skim Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) termasuk Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan Kegunaan Sendiri (SELCO)," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, pelanggan boleh memilih untuk membeli daripada syarikat yang terdapat dalam senarai rakan kongsi syarikat solar di bawah panel bank.

PIBB juga sedang meninjau peluang menawarkan pembiayaan kepada sektor komersial pada masa depan kerana panel solar dijangka menghasilkan kesan positif kepada alam sekitar daripada perspektif kemapanan dan penjimatan untuk syarikat yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi cawangan PBB/PIBB, melayari laman web PIBB, www.publicislamicbank.com.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-22-5555 pada waktu bekerja biasa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!