Covid-19: Kes baharu Perak melonjak tiga angka

Ringkasan Kes Covid-19 di Perak.
Ringkasan Kes Covid-19 di Perak.
A
A
A

IPOH - Kes baharu positif koronavirus (Covid-19) di Perak melonjak kepada tiga digit dengan merekodkan 116 kes hari ini sejak gelombang ketiga pandemik itu September lalu.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerusi Facebook rasminya memaklumkan, sebanyak 115 kes merupakan jangkitan tempatan sementara satu kes lagi kes jangkitan dari luar Perak.

"Daerah Larut Matang dan Selama mencatatkan 112 kes iaitu 111 kes daripada kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok yang punca jangkitan disyaki jangkitan tempatan di sebuah kem tahanan.

"Ia menjadikan keseluruhan kes dari Kluster Tembok ialah 232 kes manakala satu lagi kes daripada saringan kontak rapat yang berpunca disyaki daripada Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya, empat kes baharu direkodkan di Daerah Kinta dengan satu kes daripada kluster sedia ada iaitu Kluster Buntar yang merupakan jangkitan tempatan.

"Jumlah keseluruhan kes Kluster Buntar ialah 90 kes. Satu kes lain yang direkodkan ialah daripada Kluster Permatang dan merupakan jangkitan tempatan.

"Selain itu, dua kes lain merupakan saringan Influenza Like Illness (ILI). Kes merupakan jangkitan tempatan dan punca masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: