Pekerja ubah suai rumah ditahan pecah rumah

Barang yang dirampas daripada suspek pecah rumah di sebuah kawasan perumahan di Iskandar Puteri.
Barang yang dirampas daripada suspek pecah rumah di sebuah kawasan perumahan di Iskandar Puteri.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Dua pekerja syarikat pengubahsuaian rumah ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan pecah rumah di sebuah kawasan perumahan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kegiatan kedua-dua suspek lelaki berusia 26 dan 55 tahun itu terbongkar selepas pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian pecah rumah daripada mangsa di lokasi berkenaan kelmarin.

"Kedua-dua suspek didapati melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di kawasan perumahan itu sejak sebulan lalu.

“Bertindak atas maklumat, siasatan dilakukan dan berjaya mengesan kedua-dua suspek dan ditahan di Ulu Tiram semalam, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, polis merampas sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, sebuah kipas siling, seunit drill, 12 unit lampu siling, empat tong cat, dua sinki dan satu penyedut asap.

Kenderaan yang dirampas daripada suspek pecah rumah di sebuah kawasan perumahan di Iskandar Puteri.
Kenderaan yang dirampas daripada suspek pecah rumah di sebuah kawasan perumahan di Iskandar Puteri.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya menahan dua lelaki warga Bangladesh terlibat dalam kes penyeludupan arak dan rokok di kawasan Nusa Bestari, November lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, suspek berusia 34 dan 30 tahun itu bertugas sebagai penjaga di kediaman berkenaan.

“Dalam serbuan itu, antara yang dirampas ialah 153 karton rokok pelbagai jenama, 35 kotak minuman keras pelbagai jenama dan enam karton minuman keras pelbagai jenama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen," katanya.