Hadiah istimewa untuk warga KL

Demi kelangsungan hidup, sebahagian rakyat nekad untuk bertukar kerjaya dengan berniaga bermula dengan modal secara kecil-kecilan. Gambar hiasan.
Demi kelangsungan hidup, sebahagian rakyat nekad untuk bertukar kerjaya dengan berniaga bermula dengan modal secara kecil-kecilan. Gambar hiasan.
A
A
A

MAHU jadi peniaga di tepi jalan? Boleh saja, asal mohon dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ‘gerenti’ lulus! Bertuah sungguh jadi warga kota Kuala Lumpur.

Inilah berita baik kepada sesiapa yang mahu buka gerai di kawasan yang sesuai di sekitar Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberikan ‘hadiah istimewa’ itu seperti yang diumumkan beliau baru-baru ini.

Kebenaran itu dikuatkuasakan mulai 15 November lalu, namun peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma.

Kuala Lumpur kini menjadi kawasan bebas berniaga. Tidak kiralah mana tempat, termasuklah depan rumah atau di tepi jalan utama dan tidak kira juga anda mahu buka sepenuh masa atau separuh masa, terpulang.

Ketika wabak koronavirus (Covid-19) masih menular, ramai hilang kerja dan ada juga yang kena potong gaji sampai 50 peratus.

Demi kelangsungan hidup, sesetengahnya sudah nekad untuk bertukar kerjaya dengan berniaga bermula dengan modal secara kecil-kecilan.

Paling ketara, ramai sudah berjinak-jinak berniaga secara dalam talian. Ada yang berjaya kaut untung hingga lima angka, ada yang masih mencuba dan tidak kurang pula yang gagal.

Artikel Berkaitan:

Tetapi perlu diingat, berniaga pun ada peraturan dan undang-undangnya.

Pertama, jagalah kebersihan sama ada ketika atau selepas menutup gerai. Kedua, elakkan membuka gerai di kawasan yang boleh menimbulkan kesesakan lalu lintas dan ketiga, harga janganlah terlampau mahal.

Harap DBKL jangan teragak-agak mengenakan kompaun kepada mereka yang melakukan kesalahan. Pemandangan indah di ibu kota perlu dijaga.

Bagi kerajaan-kerajaan negeri lain, boleh contohi DBKL. Berilah peluang kepada rakyat berniaga, manalah tahu mereka jadi jutawan satu hari nanti!