PKS perlu dibantu demi ekonomi negara

PKS adalah tunjang ekonomi negara dan mampu menyumbang sebanyak 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di samping menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negara kita. Gambar hiasan.
PKS adalah tunjang ekonomi negara dan mampu menyumbang sebanyak 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di samping menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negara kita. Gambar hiasan.
A
A
A

SEHINGGA hari ini situasi penularan koronavirus (Covid-19) di negara kita masih belum nampak sebarang tanda ia bakal pulih dalam tempoh terdekat.

Sekiranya berlarutan, sudah tentu ia akan menyebabkan keadaan ekonomi negara semakin tenat manakala peniaga akan dihimpit masalah kewangan yang amat parah.

Sejak Covid-19 melanda negara kita hampir 10 bulan, banyak syarikat besar ataupun kecil menghentikan perniagaan mereka akibat mengalami kerugian sehingga mencecah puluhan juta ringgit.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, lebih 30,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menutup operasi mereka sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 yang bermula pada Mac lalu.

Katanya, berdasarkan statistik daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu sejumlah 9,875 menutup operasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac sehingga 9 Jun 2020.

Sejumlah 22,794 syarikat dan perniagaan lagi menutup operasi bagi tempoh PKP iaitu 10 Jun sehingga September 2020 dan ini terbukti perangkaan berkenaan menunjukkan keadaan ekonomi negara semakin lama semakin susut.

Apa yang lebih membimbangkan, gambaran sebenar kemungkinan lebih teruk berbanding jumlah perangkaan diberikan memandangkan ada sesetengah syarikat menamatkan perniagaan mereka tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Penguatkuasaan PKP boleh mencegah penularan wabak Covid-19, namun pada masa sama ia juga boleh membantutkan kegiatan ekonomi.

PKS adalah tunjang ekonomi negara dan ia mampu menyumbang sebanyak 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di samping menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negara kita.

Artikel Berkaitan:

Penamatan operasi PKS secara besar-besaran akan menyebabkan pengangguran meningkat.

Bantuan kerajaan kepada golongan usahawan PKS amat diperlukan bagi mengelakkan sektor perniagaan itu gulung tikar sekali gus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.