Nilai semula keperluan PKPB

Awang Bulgiba Awang Mahmud
Awang Bulgiba Awang Mahmud
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu menilai semula keperluan untuk meneruskan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan di kebanyakan negeri di seluruh negara.

Ahli epidemiologi, Profesor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata, penilaian semula penguatkuasaan tersebut perlu memandangkan terdapat beberapa negeri yang telah menunjukkan kadar jangkitan koronavirus (Covid-19) yang rendah.

“Kalau mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), nilai R itu sudah jatuh kurang daripada 1 dan kadar jangkitan Covid-19 di beberapa negeri juga tidak tinggi.

“Hanya beberapa negeri sahaja yang mencatatkan kadar jangkitan melebihi purata negara contohnya seperti Negeri Sembilan.

“Tetapi kadar jangkitan yang dicatatkan oleh Johor, Perak, Terengganu dan Kedah adalah tidak tinggi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

AMM memohon kerajaan supaya memperjelaskan keperluan perlaksanaan PKPB terutamanya di negeri yang mana kadar jangkitan Covid-19 adalah rendah.
AMM memohon kerajaan supaya memperjelaskan keperluan perlaksanaan PKPB terutamanya di negeri yang mana kadar jangkitan Covid-19 adalah rendah.

Justeru, beliau berkata, kerajaan perlu melihat semula keperluan perlaksanaan PKPB memandangkan langkah tersebut juga dilihat telah membebankan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan daripada Akademi Perubatan Malaysia (AMM) yang memohon kerajaan supaya menjelaskan keperluan perlaksanaan PKPB terutamanya di negeri yang mana kadar jangkitan Covid-19 adalah rendah.

Dalam kenyataan yang sama, AMM turut menggesa kerajaan supaya mempertingkatkan perkongsian maklumat dan data kepada pakar perubatan mahupun pihak yang berkenaan bagi bersama memerangi penularan Covid-19.

Awang berkata, perkongsian maklumat yang lebih meluas amat penting kerana tidak semua pakar-pakar kesihatan yang turut terlibat dan berada di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ini kerana mereka juga memiliki kepakaran dan boleh membantu KKM untuk menganalisis data,” katanya.