Lapan lelaki ditahan bakar mercun, provokosi polis

Razali menunjukkan dua lelaki yang masih diburu untuk membantu siasatan kes provokasi terhadap anggota MPV polis baru-baru ini.
Razali menunjukkan dua lelaki yang masih diburu untuk membantu siasatan kes provokasi terhadap anggota MPV polis baru-baru ini.
A
A
A

SERDANG - Polis menahan lapan lelaki dipercayai ahli kongsi gelap selepas bertindak melakukan provokasi terhadap anggota kereta peronda polis (MPV) dengan membakar mercun dalam kejadian di Taman Serdang Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 27 hingga 53 tahun ditahan bermula jam 8.30 malam semalam.

Menurutnya, tangkapan itu dibuat susulan aduan daripada seorang warga emas yang dibaling mercun sebelum serpihan tersebut terkena mata kirinya pada Jumaat lalu.

"Mangsa dikatakan telah menegur suspek sebelum seorang rakannya bertindak membaling satu lagi mercun serta mengugut untuk memecahkan kepala mangsa.

“Susulan itu, sekumpulan lelaki dikatakan sengaja membakar mercun papan berdekatan MPV serta mengejek anggota yang terperangkap dalam kepungan itu selama 30 minit.

"Anggota berkenaan memberi amaran menggunakan pembesar suara, namun suspek tidak peduli,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini.

Beliau berkata, tiada tindakan diambil ketika kejadian bagi mengelakkan berlaku kekecohan susulan dipercayai lelaki berkenaan berada dalam pengaruh alkohol.

Katanya, susulan itu seramai lapan lelaki telah diberkas, manakala dua lelaki dikenali sebagai Vinoth dan Saravanan masih diburu.

Artikel Berkaitan:

“Semakan lanjut mendapati, Vinoth mempunyai rekod lampau berkaitan kes culik, manakala Saravanan membabitkan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi satu minit 30 saat yang menunjukkan aksi sekumpulan lelaki melakukan provokasi dengan membakar mercun di hadapan anggota polis.