Suriyadi dilantik Pengarah AIAC

Suriyadi Halim Omar
Suriyadi Halim Omar
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, 69, dilantik sebagai Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Asian International Arbitration Centre–AIAC) berkuatkuasa 1 Disember ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan itu dibuat selepas jemaah menteri pada 13 November lalu bersetuju melantik Suriyadi untuk jawatan berkenaan bagi sesi 2020 hingga 2022.

Beliau berkata, pelantikan Suriyadi sebagai Pengarah AIAC juga adalah hasil konsultasi pihak kerajaan dengan Asian-African Legal Consultative Organization (AALCO) selaras dengan AIAC sebagai institusi antarabangsa yang bebas dan bernaung di bawah AALCO.

"Suriyadi pernah berkhidmat di Jabatan Peguam Negara berkelulusan LLB (Hons) dari Universiti Warwick, United Kingdom dan Barrister-at-Law dari Lincoln’s Inn, London.

"Dengan pelantikan ini, saya berharap Suriyadi dapat meneruskan kecemerlangan beliau dalam menerajui AIAC untuk terus menjadi sebuah pusat timbang tara yang unggul di rantau Asia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: