KPDNHEP rekod 28 kesalahan sepanjang Deepavali

Fat Full (dua dari kiri) dan Mohd. Hairul (kanan) melakukan pemeriksaan barangan dan harga di Pasaraya Maslee, Taman Molek, Johor Bahru hari ini.
Fat Full (dua dari kiri) dan Mohd. Hairul (kanan) melakukan pemeriksaan barangan dan harga di Pasaraya Maslee, Taman Molek, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor menjalankan 1,413 pemeriksaan barangan di peringkat peruncitan dan pemborong selama seminggu sempena Deepavali.

Pengarahnya, Mohd Hairul Anuar Bohro memaklumkan sebanyak 1,342 pemeriksaan di peringkat peruncit dan 71 pemeriksaan di peringkat pemborong dilakukan bermula 9 November hingga hari ini di seluruh Johor.

"Sebanyak 28 kes telah direkodkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dengan jumlah kompaun dikeluarkan berjumlah RM3,350.

"25 kes melibatkan kesalahan gagal mematuhi Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020 kerana tidak meletakkan tanda harga.

"Sementara tiga kes lagi melibatkan kesalahan gagal mematuhi Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu menjual melebihi harga kawalan ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fat Full (kiri) dan Mohd. Hairul ketika melakukan pemeriksaan barangan dan harga di Pasaraya Maslee, Taman Molek, Johor Bahru hari ini.
Fat Full (kiri) dan Mohd. Hairul ketika melakukan pemeriksaan barangan dan harga di Pasaraya Maslee, Taman Molek, Johor Bahru hari ini.

Mohd Hairul berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan melibatkan tidak memaparkan tanda harga dan menjual melebihi harga ditetapkan.

Beliau turut memaklumkan pihaknya mengadakan pemeriksaan di Pasaraya Maslee, Taman Molek di sini hari ini yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Chong Fat Full.

Artikel Berkaitan:

Fat Full (dua dari kanan) dan Mohd. Hairul (dua dari kiri) melakukan pemeriksaan barangan dan harga di Pasaraya Maslee, Taman Molek, Johor Bahru hari ini.
Fat Full (dua dari kanan) dan Mohd. Hairul (dua dari kiri) melakukan pemeriksaan barangan dan harga di Pasaraya Maslee, Taman Molek, Johor Bahru hari ini.