Warga KL banyak habiskan masa di jalan raya

Kisi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan warga KL banyak menghabiskan masa di jalan raya.
Kisi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan warga KL banyak menghabiskan masa di jalan raya.
A
A
A

SHAH ALAM - Golongan pekerja di Kuala Lumpur dilaporkan menghabiskan banyak masa di jalan raya untuk berulang alik ke tempat kerja berbanding penduduk di bandar lain di dunia.

Kajian yang dijalankan sebuah syarikat teknologi mudah alih, Kisi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan pekerja di bandar raya itu dilaporkan antara yang mempunyai waktu bekerja paling lama.

Memetik laporan Astro Awani hari ini, hasil kajian itu juga menunjukkan Kuala Lumpur berada di tangga keempat tertinggi bagi lima bandar raya paling terbeban dengan kerja dan turut berada di tangga keempat bagi minimum hari percutian iaitu selama lapan hari.

“Kajian turut mendedahkan Kuala Lumpur berada di tangga ke-47 daripada 50 bandar metropolitan terbaik untuk keseimbangan dalam pekerjaan.

“Hong Kong, China berada di ranking pertama sebagai bandar yang paling terbeban dengan kerja diikuti Singapura di ranking kedua, Seoul, Korea Selatan (ketiga) serta Tokyo, Jepun di tangga kelima selepas Kuala Lumpur.

“Dalam kajian sama tahun lalu, Kuala Lumpur berada di kedudukan terbawah iaitu ke-40 dari segi keseimbangan dalam pekerjaan,” jelas laporan itu.

Bagaimanapun laporan itu menjelaskan bahawa Kuala Lumpur bukan satu-satu bandar di Asia yang berdepan keadaan tersebut apabila Seoul berada di kedudukan paling bawah bagi keseimbangan dalam pekerjaan.

“Negara jiran iaitu Singapura dan Bangkok, Thailand masing-masing berada di kedudukan ke-41 dan ke-43.

Artikel Berkaitan:

“Menerusi laman web getkisi.com, kajian itu dijalankan berdasarkan 19 perkara yang diletakkan dalam empat kumpulan iaitu intensiti kerja, perkhidmatan sosial dan institusi, kemampuan kehidupan bandar serta Covid-19.

“Indeks tersebut bukan bertujuan untuk menunjukkan kemampuan sesebuah bandar atau menonjolkan bandar terbaik untuk bekerja,” jelas kajian tersebut.

Sebaliknya, ia sebagai indikasi terhadap kemampuan sesebuah bandar untuk memberikan keseimbangan kerja-kehidupan.

Dalam kajian itu, lima bandar yang berada di kedudukan paling seimbang dalam bekerja adalah Oslo, Norway; Helsinki, Finland; Copenhagen, Denmark; Hamburg serta Berlin, Jerman.

Bagaimanapun, bagi kategori pendemik Covid-19, Kuala Lumpur berada di tangga ke-13, selain di kedudukan kelima bagi unjuran pengangguran terendah.