[VIDEO] Dua pekerja syarikat pembersihan maut kemalangan

Dua pekerja syarikat pembersihan maut dalam kemalangan di di Jalan Meru Tambahan di sini hari ini.
Dua pekerja syarikat pembersihan maut dalam kemalangan di di Jalan Meru Tambahan di sini hari ini.
A
A
A

KLANG - Dua pekerja syarikat pembersihan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori sampah dan sebuah lori membawa muatan tanah di Jalan Meru Tambahan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pada jam 1.30 petang itu, lori sampah berkenaan dalam perjalanan dari Jalan Bukit Cerakah manakala lori membawa muatan tanah dari Puncak Alam.

"Kemalangan berlaku selepas simpang empat berlampu isyarat. Lori sampah tersebut memasuki susur kiri dan melanggar lori membawa muatan tanah yang sedang menghala ke Pekan Meru," katanya melalui kenyataan hari ini.

Nurulhuda berkata, akibat pelanggaran tersebut, dua lelaki termasuk seorang warga Bangladesh tercampak keluar dari lori sampah.

"Dua mangsa berusia 30 dan 41 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu lori sampah dan seorang lagi penumpang serta pemandu lori membawa muatan tanah dilaporkan cedera," katanya.

Beliau berkata, insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Katanya, mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Abdul Azim Mazlan di talian 013-4146144," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: