PKPD di asrama pekerja Top Glove

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di asrama pekerja Top Glove di Klang, Selangor berkuat kuasa esok sehingga 30 November.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di asrama pekerja Top Glove di Klang, Selangor berkuat kuasa esok sehingga 30 November.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Top Glove, Klang bermula esok hingga 30 November ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, pelaksanaan PKPD di lokaliti itu yang diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, melibatkan 13,190 pekerja kilang itu yang menginap di asrama pekerja lelaki dan wanita serta hampir 1,200 penduduk di Jalan Abadi 1A/8, Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8.

Katanya, sehingga kini, hasil saringan wabak koronavirus (Covid-19) yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan terbabit mendapati sebanyak 215 kes positif Covid-19.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi membolehkan KKM terus melaksanakan saringan bersasar kepada pekerja dan penduduk di kawasan tersebut.

Pihak Top Glove juga perlu membuat saringan sepenuhnya kepada semua pekerja di kilang dan di asrama-asrama yang membekalkan tenaga kerja kepada kilang tersebut,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan)

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Posted by Sinar Harian on Sunday, November 15, 2020