X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas hilang ditemui lemah

Seorang warga emas yang menghidap penyakit nyanyuk ditemui selamat selepas dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu di Kampung Berdang, Jeli.
A
A

JELI - Seorang warga emas yang menghidap penyakit nyanyuk ditemui selamat selepas dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu di Kampung Berdang di sini.

Mangsa, Ismail Awang Kechik, 83 ditemui oleh anggota pasukan penyelamat pada jam 9.45 pagi tadi.

Sebelum kejadian, mangsa difahamkan telah keluar dari rumah berseorangan untuk mengambil angin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adnin Ibrahim berkata, ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan lemah dipercayai akibat kekurangan tenaga.

"Kita temui mangsa dari jarak satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, seramai 120 orang telah terlibat dalam kerja mencari dan menyelamat (SAR) warga emas berkenaan.

Beliau berkata, jumlah tersebut merangkumi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Jeli, Polis, Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mohd Adnin berkata, selain itu penduduk kampung turut memberikan bantuan dalam operasi SAR tersebut.

Katanya, anggota dari Unit K-9 Bomba bersama dua ekor anjing pengesan turut turun padang dalam menjayakan operasi itu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan SAR ini," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!