X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Bawa lori curi kelapa, bateri kenderaan

Suspek ditahan selepas disyaki menceroboh dan mencuri bateri kenderaan di dalam stor dan buah kelapa sawit di sebuah kebun di Kampung Batu 38 Baroh, di sini Jumaat lalu.
A
A

SABAK BERNAM - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menceroboh dan mencuri kelapa sawit di sebuah kebun di Kampung Batu 38 Baroh, di sini Jumaat lalu.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu disedari isteri kepada seorang pekebun berusia 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, berdasarkan maklumat mangsa, isterinya ternampak suspek berusia 22 tahun membawa sebuah lori dan berhenti di pekarangan rumah

"Semasa kejadian, pekebun terbabit tiada di rumah kerana berada di Pekan Sabak Bernam sebelum dihubungi isterinya yang ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan masuk ke dalam stor tanpa kebenaran.

"Suspek didapati mengambil bateri kenderaan, pengait buah kelapa yang digunakan untuk mengait sebanyak 15 biji kelapa milik pekebun sebelum memindahkan buah kelapa tersebut ke dalam lori. Lelaki itu kemudian bergerak keluar dari pekarangan rumah mangsa," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Agus Salim berkata, hasil risikan dan maklumat awam, pihaknya berjaya menahan suspek pada jam 8.20 malam keesokannya di hadapan sebuah bank di Pekan Sabak Bernam.

Beliau berkata, susulan penahan suspek, polis berjaya merampas sebuah bateri kenderaan yang dicuri di dalam stor milik mangsa.

"Hasil semakan polis mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan narkotik.

"Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!