La Liga tetap berjaya walau tanpa Messi

 Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

BEKAS penggempur Atletico Madrid, Diego Forlan menyifatkan saingan La Liga masih tetap berjaya walaupun tanpa kelibat pemenang enam kali Ballon d’Or, Lionel Messi.

Forlan berkata, saingan La Liga sebenarnya telah banyak berubah hari ini dan ketiadaan Messi dilihat tidak akan memberikan banyak kesan kepada perjalanan liga berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya hasrat Messi yang mahu meninggalkan Barcelona pada permulaan musim baharu kelak tetap menjadi topik utama perbualan setelah dia (Messi) dikatakan menyerahkan permintaan untuk berpindah menyertai pasukan lain.

“Saya tidak kata ia adalah anugerah jika dia (Messi) kekal beraksi di sini (La Liga), kerana La Liga telah berkembang hari ini.

“Terima kasih kepada pemain-pemain hebat yang telah dan akan beraksi di sini dan walau apa pun yang terjadi La Liga tetap La Liga dan itulah perkara yang paling penting,” katanya.

Difahamkan, kapten Barcelona itu yang dikaitkan dengan perpindahan menyertai Manchester City, Paris Saint-Germain dan juga Inter Milan setelah pemain itu menjadi ejen bebas pada penghujung musim lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu telah gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan La Liga termasuk gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Barcelona menewaskan Real Betis 5-2 minggu lalu.

Malah tidak cukup dengan itu juga tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad The Catalan itu sebaliknya bermula dari bangku simpanan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu menurut Forland, Messi yang bermula dari bangku simpanan pada perlawanan berkenaan juga dilihat sebagai satu perkara baharu kerana ia tidak pernah berlaku dalam saingan La Liga

“Dia (Messi) bermula dari bangku simpanan. Kali pertama perkara ini berlaku dalam saingan liga sejak September 2019 lalu.

“Selain itu dia turut dilihat bergelut untuk kekal konsisten musim ini,” katanya.